Interview

Assalammualaikum,



Alhamdulillah bila tengok mesej dari UiTM, katanya aku diterima untuk sesi temuduga bagi kursus Penulisan Artistik bagi Fakuliti Filem, Teater, dan Animasi (FiTA). Happy jangan ditanya, rasanya macam cinta dibalas tapi takut nak hadir tu rasa macam takut dikecewakan. Amboi, hiperbola benor ayat aku ni. Al kisahnya begini, isi mesej tu katanya 19 April, sesi temu duga. Esoknya dapat mesej lain kata esok dah kena hadir temuduga. Nak dijadikan kisahnya, esoknya dengan hati yang berdebar-debar tanpa persediaan, drive la aku dari Penang sampai ke Merbok, Kedah since tempat interview tu kata sana. Arrived at 8am tapi tunggu punya tunggu sampai lah pukul 12 pm, masuk bilik termuduga dan dengan kata lainnya 4 orang terakhir bagi kursus tu. Al kisahnya bermula begini..

Interviewer : " Okay, Penulisan Artistik ? Kenapa kamu pilih kursus ni ? "

 Me : Dengan jujur aku jawap " Actually, saya pilih kursus ni sebab animasi, masa hadir uitm dekat               penang, depa kata klau ambik kursus ni boleh pergi untuk degree animasi terus. "

Interviewer : " Tapi saya rasa kalau untuk animasi, lebih baik awak pilih kursus skrin ? "

Me :  " Tapi bagi saya, saya boleh melukis tapi bila nak buat dialog dalam comic tu memang saya tak reti, sebab tu saya pilih penulisan instead of skrin "

Interviewer : " Okay, sekarang saya nak test english awak, awak kena perkenalkan diri awak dalam english. Saya nak tahu nama, tempat lahir dan kenapa pilih kursus ni

* dalam hati, nak mampus dah aku .. Rasa geram pun ada sebab soalan ketiga dah jawab ..

Me : * introducing myself in english * biar aku saja yang tahu, sebab gagap terus

Interviewer : Okay, apa pendapat awak tentang dunia penulisan ni ?

Me : Dunia penulisan ni memang agak luas sebab even jadi novelis pun novel tu boleh diadaptasikan jadi filem.

Interviewer : Awak rasa kalau awak diterima untuk kursus ni, in future nanti .. Awak akan jadi apa ?

Me : Novelis dalam mana-mana company terbitan novel

* sedang asyik ditemu duga , sorang lagi interviewer menyibuk sambil pegang kertas kat tangan dia.

" Syafiqah, Bagus ya result awak . "

Terdiam seribu kata, Hanya sekadar senyuman yang memberi jawapan.

End up begitu sahaja, but insyaAllah diterima . Kalau memang rezeki dalam kursus ni memang kena bergegas la ke Shah Alam la, since Fakulti ni ada kat sana ja

Note : " Enjoy your own life without comparing it with that of another "




14 comments:

  1. course ni sem 1 belajar apa je?? means subject??

    ReplyDelete
  2. course ni sem 1 belajar apa je?? means subject??

    ReplyDelete
    Replies
    1. language style (news,cerpen,puisi, etc..) introduction to writing (more to script) course ni basic dia utk blajar buat skrip.

      Delete
  3. Saya mmg nk sgt amek bidang ni sbb saya suka dgn dunia pemikirannya tapi ayah saya nak bagi Sbb ayah saya takut bidang kerja ni tak luas.
    Akak rasa saya Patut dengar nasihat ayah saya atau berkeras Untuk amek bidang ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah saya minat jugak menulis ni . Tp tertanya2 la penulisan artistik dgn penulisan skrip adakah kursus yg berlainan atau sama ??

      Delete
    2. Assalamualaikum..saya nak Tanya sikit..saya lepasan pra diploma nak masuk ke diploma saya dah mohon Dan saya dapat course animasi tapi saya terlepas temuduga adakah saya perlu menjalani sesi temuduga ke 2 atau memohon balik..sebab interview Tu Dari 7 April-28 April 2020...Mohon penjelasan

      Delete
  4. Penulisan artistik dgn penulisan skrip adakah dua bidang berbeza ? Siapa ada jawapan dia please bgtau saya

    ReplyDelete
  5. Memang kena jawab dengan bahasa inggeris ke?

    ReplyDelete
  6. awak dapat sambung diploma penulisan skrip juga ke ?

    ReplyDelete
  7. Kalau wartawan pun kena amik course ni ke?

    ReplyDelete