Setiap manusia ada seseorang yang menjadi inspirasi bagi mereka untuk meneruskan kehidupan, dikala mereka berasa seperti ingin berputus asa dengan kehidupan, dikala mereka berasa kehidupan ini tidak adil bagi mereka yang menerima berbagai-bagai cabaran dalam kehidupan ini, dikala mereka berasa semuanya tidak berpihak kepada mereka,tetapi mereka tetap bangkit dan meneruskan kehidupan walaupun pelbagai cabaran diterimanya,kerana mereka ada seseorang yang memberi kekuatan bagi mereka iaitu seseorang yang menjadi inspirasi bagi mereka.
" Yayah,tak payah ambik orang yang jauh yang dah berjaya untuk jadikan ispirasi yayah,orang yang boleh jadi ispirasi yayah,dah ada depan mata,jadikan ika sebagai inspirasi yayah "
* Kata abah kepada adik *
Kata-kata abah membuatkan aku terfikir. Setiap manusia ada matlamat tersendiri untuk kehidupan mereka didunia dan setiap muslim juga mempunyai matlamat yang sama dalam menimba ilmu,iaitu " berjihad di jalan Allah " Ini membuatkan aku terfikir, adakah aku benar-benar berjihad di jalan Allah ? Apa yang aku buat selama ni hanya la mengejar cita-cita di dunia dan membekalkan ilmu hanya di dunia, ilmu yang dibekalkan untuk akhirat ? Takkan pernah cukup untuk akhirat,berbeza sekali ilmu untuk kehidupan di dunia dengan ilmu untuk kehidupan di akhirat. Setiap doa aku.. apa yang aku doakan semuanya untuk dunia..bagaimana pula dengan doa untuk akhirat ? Agaknya,guna jari pun boleh dikira berapa banyak aku berdoa untuk akhirat. Layakkah aku jadi seorang inpirasi bagi adik aku untuk dicontohi ? Sedangkan,aku sendiri leka dengan kehidupan di dunia, apabila aku berjaya, bukan " Alhamdulillah " kalimah yang pertama aku sebut dahulu, tetapi apa yang aku buat adalah,riak ! riak dengan apa yang aku capai..aku bukan la contoh yang baik untuk adik aku ikuti,aku sendiri pun ada inspirasi aku sendiri, inspirasi-inspirasi aku dangan diri aku sendiri ? jauh bezanya.Apatah lagi dosa pahala, tak terkira berapa banyak dosa yang telah aku lakukan. Ini membuatkan aku tersedar dari kelekaan aku, aku perlu memperbaiki diri aku supaya menjadi seseorang yang lebih baik supaya adik aku dapat contohi,supaya abah tak kecewa dengan aku dan aku sendiri x kecewa dengan diri aku sendiri . Biarpun aku baru sedar sekarang, tetapi lebih baik sedar daripada tidak bukan ?
Notes : Rasulullah s.a.w said : " The greatest jihad is to battle your own soul to fight the evil within yourself "
By:Ms.Ika
No comments:
Post a Comment